by : FarhanHamid|ummahcreative
Ketika kecil, kita selalu diingatkan supaya jangan berkawan dengan orang yang jahat.
“Kamu kalau nak kawan pilih kawan yang baik, jangan pilih kawan yang jahat”
Acap kali kita terdengar ayat itu, namun pernahkah kita berfikir tentang ayat ini, ada benarnya ayat ini, mesejnya jangan kita berkawan dengan orang jahat, kerana kawan atau sahabat lah yang mencorakkan masa depan kita, jika kita berkawan dengan orang baik maka baiklah kita, kita akan mudah diajak untuk kejalan kebaikan, manakala jika kita berkawan dengan orang jahat kita juga mudah untuk kejalan kejahatan, berkawan dengan orang jahat membuatkan kita lebih mengenali kejahatan.
Selalu kita akan diajak untuk melakukan kejahatan ataupun selalu berlawan untuk mengikuti jalan kebaikan , sebagai contoh ketika orang azan, kita ingin solat awal waktu, tetapi ketika bersama sababat yang tidak pentingkan solat awal waktu, kita akan terlalai dengan mereka, berbeza jika kita bersama sahabat yang sentiasa peka dengan solat awal waktu, mereka sendiri akan ajak kita untuk kebaikan, selalu mengingatkan kita tentang kebaikan.
Namun, kita terfikir sebentar tentang ayat kedua tersebut “jangan berkawan dengan orang jahat”,
Bagaimana dengan mereka yang kita katakan jahat jika semua orang tidak ingin berkawan mereka, semua orang ingin berkawan dengan orang baik sahaja, sapa yang ingin tunjuk jalan kepada orang jahat, adakah orang jahat sendiri yang akan tunjuk jalan kepada orang jahat? Ataupun kita biarkan mereka menjadi jahat sahaja?
Bayangkan jika kita tiba-tiba menghadapi masalah hidup, tidak tenteram lantas membawa anda kejalan kejahatan, buntu, kita ingin berkawan dengan orang , tetapi mereka tidak ingin berkawan dengan kita kerana kita telah melakukan kejahatan, mereka selalu ingatkan ayat tersebut “pilih kawan yang baik jangan pilih kawan yang jahat” apakah perasaan kita?
Semak balik sebab apa kita berkawan.
Adakah kerana paras rupa yang cantik itu menjadi sebab kita berkawan dengannya?
Adakah kerana kebijaksanan yang mereka miliki menjadi sebab kita berkawan dengannya?
Adakah kerana harta yang bertimbun itu menjadi sebab kita berkawan dengannya?
Adakah sifat yang ada pada mereka menjadi sebab kita berkawan dengannya?
Adakah Agama Islam yang ada pada mereka menjadi sebab kita berkawan dengannya?
Wahai sabat sekalian percayalah, semua itu tidak kekal lama, bila-bila masa sahaja boleh hilang,
Tuhan boleh tarik jika dia inginkan, Andai kata mereka sudah tiada rupa paras yang cantik, kebijaksaan, harta bertimbun, sifat yang baik, mahupun agama islam yang suci, adakah kita akan masih menjadi kawan mereka , atau pun kita akan membiarkan mereka sahaja?
Tahukah kita apakah itu nikmat sebenar UKHWAH?
Nikmat sebenar ukhwah itu terletak pada IKHLAS , Tanpa ikhlas, kita tidak namakan hubungan itu satu Ukhwwah dan ia mestilah berlandaskan syariat.
Ikhlaskan diri kita untuk sahabat kita, biarlah kita dapat sahabat teruk sekali manapun, jahat sekali manapun, percayalah jika kita benar ikhlas dalam bersahabat, apa yang terjadi kepada kawan kita, kita akan bantu dia, sentiasa korbankan apa sahaja untuk sahabat kita.
Janganlah kita yang mengharap kepada sahabat kita, biar mereka yang mengharap kepada kita, biar kita yang merubah mereka , jangan mereka yang meruba kita , hidup biar memberi, jangan asyik menerima.
“Siapa saya ingin merubah orang, saya sendiri pun tidak tahu kemana”
Selalu kita bertanya kepada diri kita tanpa melakukannya dahulu, ingatlah kuasa Ikhlas, nescaya tuhan akan bantu, percayalah jika kita sekali berniat ingin merubah kawan kita kearah kebaikkan, nescaya tuhan dengan mudahnya beribu-ribu kali akan merubah kita kearah kebaikan. Binalah Ukhwah itu ikhlas kerana Allah SWT.
“Sesunggunya orang beriman(mu’min) itu bersaudara...”Ayat 10 Surah Al-Hujurat.
Hubungan kita dengan sahabat kita , adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Kita tidak mengharapkan balasan daripada sahabat kita atas kebaikan kita lakukan . Tetapi kita mengharapkan balasan Allah SWT atas kebaikan kita lakukan. Hubungan sahabat kita terhadap kita pula, itu adalah tanggungjawab dia kepada Allah SWT,namun kita perlu sematkan dalam diri kita hubungan kita dengan sahabat kita , adalah amanah kita kepada Allah SWT.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” Surah Al-Anfal ayat 27.
Sebenarnya, untuk kita mendapat nikmatnya mempunyai kawan yang baik, ciptalah kawan kita supaya menjadi seorang yang baik. Hendaklah kita bergerak membawa dia memahami atas dasar apa ukhuwwah ini dibina. Kalau dia juga faham bahawa hubungan dia dengan kita, adalah tanggungjawab dia kepada Allah, pastinya dia akan bergerak untuk tidak mensia-siakan kita.
Ingatlah Allah SWT membenci orang yang sombong & takabbur.
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” Surah Al-Israa'ayat 37
Namun, ketahuilah bahawa sahabat kita buka satu orang atau dua orang, sahabat kita adalah semua manusia-manusia yang beriman kepada Allah SWT, pimpilah sahabat kita supaya duduk di bawah satu bumbung, bergerak dengan satu barisan yang tersusun. Kasih mengasihi kerana Allah, lengkap melengkapi dalam kerja-kerja menyebarkan agama-Nya, mengelak perpecahan agar musuh tidak mampu mengambil peluang daripadanya.
Jadilah sahabat yang sebenarnya kepada sahabat kita. Jangan kita ungkit kebaikan kita kepadanya.
Lalui hidup ini dengan tabah, dan ikhlaskan niat sentiasa kepada Allah SWT. Allah SWT jugalah sebaik-baik pemberi balasan. Ingatlah Allah itu tidak pernah memilih hambanya, dia maha mengetahui, Jangan sesekali kita hendakkan kawan kita membalas kebaikan kita.
Sahabat kita adala anugerah yang Allah berikan kepada kita, Jangan putus asa dengan persahabatan kita, kasih sayang kita, yang kita rasa tidak berbalas sehingga hari ini. Yang penting, kita dirikan persahabatan kita, hanya untuk mendapat redha Allah SWT, dan memperkuatkan ummah ini. Maka, apa lagi? Ikhlaskan niat, bergeraklah mencapai keredhaan-Nya, dalam persahabatan kita. InsyaAllah, manusia yang ikhlas bersahabat, akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya.


1:55 م
ummahcreative

Posted in:
0 التعليقات:
إرسال تعليق