Pendahuluan
Telah menjadi satu tanggungjawab kepada setiap umat Islam untuk berdakwah. Oleh sebab itu, kami juga tidak mahu ketinggalan dalam bersama menyemarakkan dakwah dengan menggunakan media sebagai satu jaringan dakwah yang inovatif dan kondusif untuk dikongsi bersama.Ditubuhkan pada 1Muharam 1433 bersamaan 26 November 2011, merupakan sebuah rangkaian untuk saluran perkongsian maklumat islamik interaktif.
Objektif
- melahirkan individu muslim yang mempunyai kepercayaan dan penghayatan yang tinggi dalam kehidupan sebagai seorang umat Islam
- memupuk rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW melalui apa yang dibicarakan oleh-Nya dan Rasul-Nya dalam Al-Quran dan As-Sunnah
- memberi kesedaran ke dalam diri setiap umat Islam bahawa Allah dan Rasulullah satu-satunya tempat untuk kita bergantung yang akan menolong dan memberi syafaat di Akhirat kelak
- memupuk keyakinan agar yakin dan percaya pada setiap ketetapan Allah ada hikmah di sebaliknnya dan itulah yang terbaik untuk kita
- berperanan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya islam dalam kehidupan
Moto
sulaman inspirasi mendidik jiwa
Misi
Melahirkan individu muslim yang menjadikan Islam sebagai cara hidup yang unggul serta lebih memahami kehidupan beriman.
Visi
Membimbing masyarakat memahami keindahan islam dalam konteks kehidupan duniawi dan ukhrawi
KREW UMMAH CREATIVE
Penulis :-
- Mohd Farhan
- Afiqah Rozalie
Designer :-
-Mohd Faqih
-Mohd Farhan
Pelukis :-
-Farah
Video :-
-Ahmad Aiman

