الأحد، 12 فبراير 2012

Hadiah

(Klik gambar untuk lihat lebih besar) 
by : Sachi Ren'Ai | ummahcreative




  Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraik...annya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
 

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-

الاثنين، 6 فبراير 2012

SANDARAN CINTA ALLAH DAN RASULULLAH


by: AfiqahRozalie|ummahcreative


       ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukan agama rekaan dan tidak pernah sesekali melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.

Mengasihi keluarga, harta dan tempat kediamannya itu fitrah. Namun, biarlah kecintaan itu berpada. Tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan akhirat lebih dikasihi daripada cinta kepada Allah dan Rasul. Jika berlaku sedemikian, maka iman seseorang itu masih belum sempurna.

Rasulullah pernah bersabda : "(Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA)...)" (Sahih Al-Bukhari dan Muslim)

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk bercinta. Malah, Islam sendiri mengajar kita bercinta. Tetapi harus diingatkan bahwa, cinta kepada Allah dan Rasul adalah cinta yang utama.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : “Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah.” (al- Baqarah: 165)

“Cintailah Allah dan Rasul, kamu pasti memperolehi cinta selainNya.”
Bercakap tentang 'cinta', pasti ramai yang tertarik. Tapi, bila ditanya tentang cinta, tak semua faham dan tahu makna sebenar cinta.

Untuk merasai cinta, perkara utama yang perlu dilakukan ialah hadirkan cinta ke dalam hati kemudian serapkan kejiwa, lantas suburkan dengan siraman yang menyegar.

Pejamkan mata, dan nikmati.
Nah, rasakan nikmat 'Cinta Ilahi'.
***
Ya, saya mengajak kalian untuk sama-sama merasai nikmat 'Cinta' terAgung. Nikmat yang tiada tolak banding. Nikmat yang sukar diperoleh tetapi tidak mustahil untuk menggapainya.

Kata Ulama’, “Berdoalah agar kita direzekikan untuk sentiasa merasai nikmat cinta ini.”

Cinta Allah pada hambaNya melebihi cinta seorang ibu kepada anaknya. Kurniaan Allah Maha Luas, tak terhitung.

Ujian diberi agar kita lebih mendekatinya, bukan untuk membebankan. Dari sekecil-kecil perkara sehingga perkara yang paling besar dan utama, semuanya berada dalam pandangan Allah.

Renung sahaja pada tubuh badan kita, alangkah besar nikmat ini. Hebatnya Allah sehinggakan cap jari kita, hanya kita sahaja yang memilikinya. Tiada dua, tiada “copy”. Belum lagi melihat bagaimana darah mengalir dalam setiap sudut tubuh. Hebatkan Allah?

Pada saat kita bersedih, Allah pasti ada. Saat kita gembira, Allah tetap ada. Saat kita berduka, Allah masih ada. Saat kita suka, Allah sentiasa ada. Hanya kembali pada kita untuk merasai keberadaan Allah atau sebaliknya.

Amat rugi andai keberadaan Allah itu kita sia-siakan. Andai terbit dihati, rasa penyesalan, ingin bertaubat, maka lakukankanlah sepantasnya kerana disaat itu, Allah benar-benar wujudkan rasa itu untuk kita segera kembali kepadanya. Tanda rindu Allah. Sweet kan Allah ?

Namun, dalam mengejar 'Cinta' ini, ramai yang terlupa akan hakikat diri sebagai manusia. Merasakan diri syumul hingga melafazkan bicara cinta palsu. Mengungkap kalam dusta dengan kepura-puraan yang nyata.

“Aku hanya cintakan ALLAH.”
“Aku tak perlukan cinta selain ALLAH.”
“Cukuplah cinta ALLAH sahaja yang bertakhta dihati”


Selalukan kita dengar atau terbaca kata-kata seperti diatas. Ya, kalimah-kalimah tersebut tiada salahnya. Malah tidak menyalahi aqidah. Bahkan, inilah bicara Sang Wali. Cuma, cuba kita tanyakan pada diri sejauh mana kita hayati kata-kata ini.

Sebagai hamba Allah yang ingin mengenaliNya, mendekatiNya dan mencintaiNya, tidak dapat tidak kita memerlukan sandaran cinta Rasul dan makhluk lain untuk meraih cinta Allah itu.

Disebut dalam satu hadis berkenaan tiga orang yang datang bertanya isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W berkaitan hal ibadah Baginda S.A.W di rumah, selepas mendengar hal tersebut, mereka mula berfikir bahawa Nabi Muhammad S.A.W yang telah diampunkan segala dosa, begitu kuat ibadahnya, bagaimanalah nasib mereka jika dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Lantas salah seorang dari mereka mengatakan bahawa akan solat sepanjang malam (tanpa tidur) selama-lamanya, seorang lagi mengatakan bahawa akan berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, dan seorang lain pula mengatakan bahawa akan menjauhkan diri dari wanita-wanita, dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.

Pada ketika itu Nabi Muhammad S.A.W telah datang, dan bersabda : “Kamukah yang telah berkata begini dan begini ( sebagaimana yang mereka katakan sebentar tadi ), demi Allah, aku adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah dari kalangan kamu semua, akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat (malam) dan aku berbaring (tidur),  aku juga mengahwini wanita-wanita, Sesiapa yang benci akan sunnahKu, maka bukan dari kalanganKu ( yakni bukan umatku ).”

Lihat bagaimana Rasulullah mengajar kita untuk menyandarkan cinta sesama kita untuk saling menggapai cintaNya.

Rasulullah, susuk yang banyak mengajar kita untuk mengenali Allah, Islam, Iman dan Ihsan. Seperti seorang bapa yang sentiasa menginginkan kebahagiaan dan kebaikan buat anak-anak dan tidak dinafikan bahawa Rasulullah sebaik-baik bapa.

 Sabda Rasulullah :  “Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).

Pengorbanan Rasulullah tiada bandingan. Berkorban segala-galanya semata-mata ingin melihat kita berada dalam cahaya hidayah.

Rasulullah pernah difitnah sebagai ahli sihir, baginda dibaling dengan najis ketika beribadat, baginda diusir negeri, baginda dilukai hingga mengalir darah suci dari jasadnya yang mulia serta pernah diancam bunuh. Namun, banginda tetap bertahan demi menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umatnya.

Baginda tetap membawa kita mengenal Allah. Tak kenal erti malas, jemu dan bosan. Jauh sekali berkeinginan meninggalkan kita.

Antara tanda Rasulullah SAW terlalu mencintai umatnya, baginda telah menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat.

Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda : “Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat.” (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Oleh itu, kita sebagai umatnya wajib lebih mencintainya kerana atas pengorbanan yang hebat ini, kita masih boleh merasai nikmat Islam dan Iman. Tanpa pengorbanan baginda, amat mustahil untuk kita berada dalam naungan Rahman dan Rahim Allah.

***
Sebagai penutup, mari kita hayati hadis yang cukup popular dalam kalangan kita supaya dengan menghayati hadis ini akan menambahkan lagi cinta kita kepada Rasulullah.

Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwanku ),”

Berkata Nabi saw. “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,” jawab Nabi saw. “Kamu adalah sahabat-sahabatku”.

Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri.

Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan; “Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”.

Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, “Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan ( saudara) engkau?”.“Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!”

Sekali lagi Nabi menjelaskan.“Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui ikhwanku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?”

Persoalan ikhwan menjadi teka-teki kepada para sahabat.

Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak berjumpa dengan baginda namun tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca al-Quran dan al-Hadis serta mencintai Nabi-Nya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam”.

اللهم صلى على محمد و على آل محمد

السبت، 4 فبراير 2012

Mencintai Nabi Muhammad SAW

(Klik gambar untuk lihat lebih besar)

"Sesungguhnya Aku (Nabi Muhammad) diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
Al-Hadis

 Buktikan rasa cinta dan kasih kita kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W dengan perbaharui iman kita agar sentiasa berakhlak dengan akhlak yang mulia iaitu akhlak al-quran. Perbanyakkan membaca al-quran dan berselawat kepada Baginda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

الأربعاء، 1 فبراير 2012

IMAN DAN TAQWA

(Klik gambar untuk lihat lebih besar)
SUBURKAN KEHIDUPANMU DENGAN IMAN DAN TAQWA,
                                       AGAR SAUDARAMU DAPAT BERSAMU KELAK

JALAN KESYURGA

(Klik gambar untuk lihat lebih besar)
JALAN KESYURGA ITU TIDAK AKAN SUNYI DENGAN INSAN YANG BERIMAN & BERAMAL SOLEH. DEKATKAN HATIMU UNTUK MELALUI JALAN YANG INDAH ITU

HATI YANG KABUR

(Klik gambar untuk lihat lebih besar)
JANGAN DIBIAR KABUR HATI ITU
                             DENGAN JAHILIAH YANG MEMIKAT
SUBURKAN IA DENGAN IMAN
                             WALAUPUN SEBATANG YANG NIPIS

WARNAKAN HIDUPMU

(Klik gambar untuk lihat lebih besar)
WARNAKAN HIDUPMU DENGAN WARNA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India