السبت، 17 ديسمبر 2011

Berdua-duan

(Klik gambar untuk lihat lebih besar)
by : Sachi Ren'Ai|ummahcreative


Cinta itu indah,
 fitrah manusia ingin menikmati keindahannya,
 tapi kawallah ia, jangan terlalu dibuai jiwa tu,
 tragis siapa yang bermain dengan cinta yang tidak halal
 lagi bersulam benang dosa~
 -mana mungkin masjid itu dibina dari asas dosa-

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (Surah Al-Isra' 17:32)

Sahabat

by : FarhanHamid|ummahcreative
Ketika kecil, kita selalu diingatkan supaya jangan berkawan dengan orang yang jahat.

“Kamu kalau nak kawan pilih kawan yang baik, jangan pilih kawan yang jahat”

Acap kali kita terdengar ayat itu, namun pernahkah kita berfikir tentang ayat ini, ada benarnya ayat ini, mesejnya jangan kita berkawan dengan orang jahat, kerana kawan atau sahabat lah yang mencorakkan masa depan kita, jika kita berkawan dengan orang baik maka baiklah kita, kita akan mudah diajak untuk kejalan kebaikan, manakala jika kita berkawan dengan orang jahat kita juga mudah untuk kejalan kejahatan, berkawan dengan orang jahat membuatkan kita lebih mengenali kejahatan.

Selalu kita akan diajak untuk melakukan kejahatan ataupun selalu berlawan untuk mengikuti jalan kebaikan , sebagai contoh ketika orang azan, kita ingin solat awal waktu, tetapi ketika bersama sababat yang tidak pentingkan solat awal waktu, kita akan terlalai dengan mereka, berbeza jika kita bersama sahabat yang sentiasa peka dengan solat awal waktu, mereka sendiri akan ajak kita untuk kebaikan, selalu mengingatkan kita tentang kebaikan.

Namun, kita terfikir sebentar tentang ayat kedua tersebut “jangan berkawan dengan orang jahat”,

Bagaimana dengan mereka yang kita katakan jahat jika semua orang tidak ingin berkawan mereka,  semua orang ingin berkawan dengan orang baik sahaja, sapa yang ingin tunjuk jalan kepada orang jahat, adakah orang jahat sendiri yang akan tunjuk jalan kepada orang jahat? Ataupun kita biarkan mereka menjadi jahat sahaja?

Bayangkan jika kita tiba-tiba menghadapi masalah  hidup, tidak tenteram lantas membawa anda kejalan kejahatan, buntu, kita ingin berkawan dengan orang , tetapi mereka tidak ingin berkawan dengan kita kerana kita telah melakukan kejahatan, mereka selalu ingatkan ayat  tersebut “pilih kawan yang baik jangan pilih kawan yang jahat” apakah perasaan kita?

Semak balik sebab apa kita berkawan.

Adakah kerana paras rupa yang cantik itu menjadi sebab kita berkawan dengannya?
Adakah kerana kebijaksanan yang mereka miliki menjadi sebab kita berkawan dengannya?
Adakah kerana harta yang bertimbun itu menjadi sebab kita berkawan dengannya?
Adakah sifat yang ada pada mereka menjadi sebab kita berkawan dengannya?
Adakah Agama Islam yang ada pada mereka menjadi sebab kita berkawan dengannya?

Wahai sabat sekalian percayalah, semua itu tidak kekal lama, bila-bila masa sahaja boleh hilang,
Tuhan boleh tarik jika dia inginkan, Andai kata mereka sudah tiada rupa paras yang cantik, kebijaksaan, harta bertimbun, sifat yang baik, mahupun agama islam yang suci, adakah kita akan masih menjadi kawan mereka , atau pun kita akan membiarkan mereka sahaja?

Tahukah kita apakah itu nikmat sebenar UKHWAH?

Nikmat sebenar ukhwah itu terletak pada IKHLAS , Tanpa ikhlas, kita tidak namakan hubungan itu satu Ukhwwah dan ia mestilah berlandaskan syariat.

Ikhlaskan diri kita untuk sahabat kita, biarlah kita dapat sahabat teruk sekali manapun, jahat sekali manapun, percayalah jika kita benar ikhlas dalam bersahabat, apa yang terjadi kepada kawan kita, kita akan bantu dia, sentiasa korbankan apa sahaja untuk sahabat kita.

Janganlah kita yang mengharap kepada sahabat kita, biar mereka yang mengharap kepada kita, biar kita yang merubah mereka , jangan mereka yang meruba kita , hidup biar memberi, jangan asyik menerima.

“Siapa saya ingin merubah orang, saya sendiri pun tidak tahu kemana”

Selalu kita bertanya kepada diri kita tanpa melakukannya dahulu, ingatlah kuasa Ikhlas, nescaya tuhan akan bantu, percayalah jika kita sekali berniat ingin merubah kawan kita kearah kebaikkan, nescaya tuhan dengan mudahnya beribu-ribu kali akan merubah kita kearah kebaikan. Binalah Ukhwah itu ikhlas kerana Allah SWT.

“Sesunggunya orang beriman(mu’min) itu bersaudara...”Ayat 10 Surah Al-Hujurat.

Hubungan kita dengan sahabat kita , adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Kita tidak mengharapkan balasan daripada sahabat kita atas kebaikan kita lakukan . Tetapi kita mengharapkan balasan Allah SWT atas kebaikan kita lakukan. Hubungan sahabat kita terhadap kita pula, itu adalah tanggungjawab dia kepada Allah SWT,namun kita perlu sematkan dalam diri kita hubungan kita dengan sahabat kita , adalah amanah kita kepada Allah SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” Surah Al-Anfal ayat 27.

Sebenarnya, untuk kita mendapat nikmatnya mempunyai kawan yang baik, ciptalah kawan kita supaya menjadi seorang yang baik. Hendaklah kita bergerak membawa dia memahami atas dasar apa ukhuwwah ini dibina. Kalau dia juga faham bahawa hubungan dia dengan kita, adalah tanggungjawab dia kepada Allah, pastinya dia akan bergerak untuk tidak mensia-siakan kita.

Ingatlah Allah SWT membenci orang yang sombong & takabbur.

“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” Surah Al-Israa'ayat 37

Namun, ketahuilah bahawa sahabat kita buka satu orang atau dua orang, sahabat kita adalah semua manusia-manusia yang beriman kepada Allah SWT, pimpilah sahabat kita supaya  duduk di bawah satu bumbung, bergerak dengan satu barisan yang tersusun. Kasih mengasihi kerana Allah, lengkap melengkapi dalam kerja-kerja menyebarkan agama-Nya, mengelak perpecahan agar musuh tidak mampu mengambil peluang daripadanya.

Jadilah sahabat yang sebenarnya kepada sahabat kita. Jangan kita ungkit kebaikan kita kepadanya.
Lalui hidup ini dengan tabah, dan ikhlaskan niat sentiasa kepada Allah SWT. Allah SWT jugalah sebaik-baik pemberi balasan. Ingatlah Allah itu tidak pernah memilih hambanya, dia maha mengetahui, Jangan sesekali kita hendakkan kawan kita membalas kebaikan kita.

Sahabat kita adala anugerah yang Allah berikan kepada kita, Jangan putus asa dengan persahabatan  kita, kasih sayang kita, yang kita rasa tidak berbalas sehingga hari  ini. Yang penting, kita dirikan persahabatan kita, hanya untuk mendapat redha Allah SWT, dan memperkuatkan ummah ini. Maka, apa lagi? Ikhlaskan niat, bergeraklah mencapai keredhaan-Nya, dalam persahabatan kita. InsyaAllah, manusia yang ikhlas bersahabat, akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya.

Kebuntuan

by: FarhanHamid|ummahcreative




"Aku down lea, aku tak tau nak buat apa, rasa hidup gelap jea kat depan ni, kalau boleh nak patah balik, serius tak tau nak buat apa..."


 Acap kali kita diceritakan situasi begini, masalah pelajaran, cinta tidak bergantung, keluarga yang tergadai dan pasti tidak seorang pun daripada kita yang terlepas daripada keadaan ini, itu lumrah, hidup kita tidak selalunya berada diatas, setinggi mana kita terbang percayalah bumi sentiasa memanggil kita,"Kehidupan ini macam roda, kadang-kadang diatas, kadang-kadang dibawah" ada betulnya kata-kata tersebut,namun untuk menelan situasi "dibawah" memang satu ujian yang berat bagi yang pernah merasainya.

 Kebuntuan , kesamaran, kesunyian selalu mengetuk pintu kehidupan kita.

 Dalam masa kita menusuri jalan-jalan kebuntuan tersebut, ketenangan jiwa dan  kekuatan hati sentiasa dicari-cari dan pasti jalan untuk sampai kepadanya juga bercabang-cabang,
 ada yang suka menyendiri untuk mendapatkan ketenangan, ada juga yang menggunakan kewangan kukuhnya untuk bercuti dengan impian kekalutan yang dihadapi dapat diatasi serta pelbagai lagi jalan-jalan yang tersendiri.

 Namun sejauh manakah kekusutan, kebuntuan , kesamaran, kesunyian,dan down tersebut dapat diubati?

 Jika dapat diubati sekalipun, adakah ia tidak akan terjadi lagi dan bagaimana pula ingin menempuhinya untuk berkali-kali ?

 Solusinya apa?

 Tidak lain tidak bukan, berbuat baiklah kepada pencipta kekusutan, kebuntuan , kesamaran, kesunyian,dan down tersebut.

Masalah itu milik siapa?

Bagaimana ingin mengawal masalah itu, dari manakah ia terbit?

percayalah, jawapannya hanya daripada HATI.

kawal hati, nescaya hati akan kawal kita, bersihkanlah HATI kita, dekat-dekatkan HATI kepada pencipta, sejahat mana jahat seseorang itu pasti suara HATI akan berkumandang sebelum melakukan sesuatu, acapkali suara HATI berlawan dengan Nafsu, itu adalah fitrah.

“Bukankah Aku ini Rabb kamu? Mereka menjawab: Iya, kami menjadi saksi.”
 Surah Al-A’raf ayat 172

 lihat lah roh berbicara dengan Allah sebelum dimasukkan kedalam tubuh kita,
 Hati sentiasa menegakkan kebenaran.itu fitrah.

“Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang sering bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri.”  Surah Al-Baqarah ayat 222.

 Bersangka dan berbuat baiklah kepada Allah,

 Berfikir sejenak ujian dan dugaan yang dihadapi oleh Rasul Allah,
 pernahkah baginda mengeluh dan merunggut ketika berperang,
 ketika berhadapan tentangan daripada orang yang menafikan agama Allah?
 begitu juga sahabat-sahabat rasul Allah yang pasti ujian mereka hadapi lebih teruk daripada kita,
 mengapa mereka tidak pernah persoalkannya?

“Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang sering bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri.”  Surah Al-Baqarah ayat 222.

Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT. Pastinya, orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah SWT ini, sering membersihkan diri mereka. Antara tanda kita menjaga hubungan dengan Allah SWT, adalah kita sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepadaNya

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb kalian dalam keadaan berpuas hati lagi diredhai.”
 Surah Al-Fajr ayat 27-28.

 Wahai insan yang terpinga didalam kegelapan masa hadapan, kembalikanlah cahaya kalian,
 tuhan tidak ciptakan kita untuk buntu ketika mendapat masalah, carilah ketenangan kalian, dan ketahuilah ketenangan itu sahaja yang mampu kembali kepada Allah dalam keadaan diredhaiNya.

“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.”
 Surah Ar-Ra’d ayat 28.

Taubat Nasuha

(Klik gambar untuk lihat lebih besar)

design by : MohdFaqih|ummahcreative
Ayuh taubat nasuha, taubat dengan sebenar-benar taubat.

Hidup Rasa BerTUHAN ..

by: AfiqahRozalie|ummahcreative
Angin sepoi-sepoi bahasa mula beralun. Menenangkan pemilik hati yang merindui ketenangan dan kedamaian. Di petang itu juga, satu Halaqoh cinta diadakan sebagai sumber makanan rohani insan-insan yang laparkan makanan ruhaniyah.
***
“ Apa yang tergambar dalam kotak minda kita bila kita dengar ayat ni, Hidup Rasa BerTUHAN ?” Satu susuk tubuh manusia mula berbicara seusai slot muqaddimah berakhir.

Semua terdiam. Suasana sepi. Memikirkan jawapan, mungkin.

“Naimah, cuba awak bagitahu akak, apa yang awak faham tentang Hidup Rasa BerTUHAN.” Aliya Humaira’, pemilik suara cuba mendapatkan respon.

 “Erm, pada Naimah kan kak, hidup rasa berTUHAN ni membawa maksud bahawa seluruh kehidupan kita berada dalam pandangan ALLAH. Kita akan berasa kehadiran ALLAH dalam kehidupan kita. Bila kita nak buat sesuatu, kita akan sentiasa berwaspada dari murka ALLAH.” Sekuntum senyuman dihadiahkan kepada rakan-rakan yang mendengar.

 “Bagus. Pendapat Tasnim pula bagaimana?” Pandangan Aliya beralih arah.

“Pada Tasnim, hidup rasa berTUHAN membawa kepada satu perasaan perhambaan yang tulus pada ALLAH. Hidup tanpa rasa sedikit keraguan pada ketentuan qada’ dan qadarNYA. Menyerahkan segala ketentuan disamping menjalankan tugas kita sebagai hambaNYA.”

“Alhamdulillah, jelas adik-adik faham maksud kata-kata akak tadi. Sekarang akak nak kongsi satu hadis daripada Rasulullah yang berbunyi,

أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك

Maksudnya “Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu”.

Berdasarkan hadis tadi, dapat kita simpulkan bahawa, setiap amalan yang kita lakukan mestilah ikhlas dan tulus hanya kepada ALLAH. Cuba kita bayangkan, guru besar kita duduk depan mata kita waktu kita nak jawab periksa. Apa perasaan kita waktu tu?” Aliya Humaira’ sengaja mengusik minda insan-insan dihadapannya itu.

Masing-masing tersenyum, dan ada juga yang terus menerus mengeleng kepala tanda tak ingin kejadian itu berlaku. Serentak. Terdengar ketawa riang mereka memecah suasana sepi yang menyinggah tadi. Geli hati dengan telatah Syazwani, juga merupakan adik usrah Aliya. Mereka berlima. Nur Naimah, Tengku Tasnim, Syazwani Suhaila, Zulaikha Zahra dan Amnah Amalina.

“Ok, itu baru manusia sesama manusia. Belum lagi, manusia dengan ALLAH. Kalau dengan manusia pun kita dah rasa takut, panic, risau dan gelabah, inikan pula bila berhadapan dengan TUAN kepada manusia. Kita perlu rasa lebih takut dan berhati-hati dalam setiap langkah.” Aliya meneruskan kalam.

Halaqah cinta itu kembali sepi tanpa suara. Masing-masing bermuhasabah diri.

“Akak, tadi kita dah bincang apa maksud Hidup Rasa BerTUHAN . Tapi , macam mana cara nak wujudkan perasaan tu ?” Amnah yang sedari tadi mendiamkan diri, mula bersuara.

“Soalan yang baik. Pendapat adik-adik bagaimana ?” Aliya memberi ruang kepada mereka untuk memberikan pendapat.

“Akak, Zu nak berkongsi sedikit apa yang pernah Zu baca dalam Al-Quran, surah al-baqarah ayat 177 yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ‘Aku’, maka sesungguhnya. ‘Aku’ dekat. ‘Aku’ akan kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran”

Zu rasa, ayat ini amat berkait rapat dengan tajuk kita hari ni. ALLAH suruh kita sentiasa meminta sebab ALLAH sentiasa dekat dengan kita, walaupun kadang-kadang kita tak mampu merasai kewujudan ALLAH bersama kita. ALLAH kata berdoalah. Berdoa tanda kita punya tempat bergantung. Berdoa tanda kita perlukan ALLAH. Ermm, itulah apa yang Zu rasa.” Zulaikha Zahra , selaku ketua, cuba memberi pendapat dan pandangan.

“Masyallah, hebat. Ada siapa-siapa lagi yang nak berkongsi pendapat ? ” sebagai Murobbi, Aliya bangga dengan kecerdasan minda mad’u yang diamanahkan keatasnya itu.

“Wani sokong pendapat Zu tadi. LIKE.” Celah Syazwani sambil ibu jari diangkat tanda setuju. Masing-masing tertawa ceria, terhibur dengan reaksi sahabat mereka itu.

“Kalau boleh, Wani nak tambah sikit ye, kak Aliya .” Meminta izin.

“Tafaddholi.” Balas Aliya.

“ Terima kasih, kak. Tadi Zu dah terangkan bab berdoa pada kita, pada Wani, sebelum berdoa, perkara yang paling asas adalah solat. Solat juga merupakan doa. Dengan menjaga kewajipan solat, insyallah, ke‘berasaan’ itu akan datang dengan sendiri. Perlu difokuskan disini ialah solat. Selain tu, baca quran, zikir, berada dalam majlis ilmu, mengingati mati dan amal ma’ruf wanha a’nil mungkar. Semua ini adalah jalan atau wasilah untuk kita merasai kenikmatan hidup sebagai hamba kepadaNYA. Hidup Rasa BerTUHAN. Sekian. Wallahua’alam.” Ucap Syazwani mengakhiri bicaranya.

***

Senyum. Terasa bahagia. Pertemuan petang tadi bukan hanya sebagai wasilah pengikat ribath ukhuwah antara mereka, malah telah mendorong dirinya melahirkan sifat ta’abbud ilALLAH dalam diri. Pengisian yang dikongsikan dijadikan penguat diri untuk membina jati diri seorang insan dan hamba padaNYA. Aliya Humaira’ puas. Meski masa yang diperuntukkan singkat, namun mutiara yang diperolehnya bagai tiada bandingan.

***
~ Hadis Pilihan ~

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari kecil.”

Iqra

(Klik gambar untuk lihat lebih besar)

design by:FarhanHamid|ummahcreative
Iqra bismi rabbikalladzii khalaq! “Bacalah dengan nama Tuhanmu (asmaul husna) yang menciptakan” (QS Al Alaq:1).

 Kejayaan seseorang adalah bermula daripada pembacaan, dan mereka yang mampu membaca atas nama Allah, lalu menerapkannya dalam kehidupan adalah orang yang sebenar-benarnya meraih kejayaan.


I AM PROUD TO BE A MUSLIM.


(Klik gambar untuk lihat lebih besar)
design by:FarhanHamid|ummahcreative

 I am truly proud to be a Muslim because I know Islam is the right religion and I am on the right path. Islam is the second largest religion in the world and the fastest growing religion in the world. Everything I have belongs to Allah. Islam tells us everything from what happens to us when we are born to when we die and also what is going to happen to us after death.

 I am proud to be a Muslim because everyone in Islam is treated equally even if you are an Arab or non-Arab, white or black, you are treated equal. In Islam we pray salah five times a day, one before sunrise, one at noon, one in the afternoon, another one after sunset and the last one before going to sleep. These five salah help me remember Allah and when I remember Allah I don’t misbehave, I don’t do foolish things and I don’t do things that make Allah or my parents unhappy.

 Islam is a pure religion because it shows us how to live an excellent life and go to paradise in the Hereafter. It teaches me manners like how to behave with my elders. It tells us to fast in the month of Ramadan so it shows us how poor people sometimes live without food and water and it tells us to share our wealth with the less fortunate in the form of Zakah (poor-due), and sadaqa(charity).

 In Islam there is a purpose for everything.
 I am proud to be a Muslim and I believe that all Muslims should be proud to be Muslims because
Islam is a true religion with God.

 "Indeed, the religion in the sight of Allah is Islam. And those who were given the Scripture did not differ except after knowledge had come to them - out of jealous animosity between themselves. And whoever disbelieves in the verses of Allah , then indeed, Allah is swift in [taking] account.". Surat 'Āli `Imrān:19

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India